Wednesday, 11 September 2013

Isu Semasa

Memahami Pergolakan Di Syria


            Syria terus bermandi darah dan keadaan konflik meruncing di negara itu terus mendapat perhatian negara antarabangsa. Pelbagai langkah telah diambil oleh negara dan pertubuhan antarabangsa untuk meredakan ketegangan yang semakin memuncak di negara tersebut tetapi usaha mereka telah ditolak bulat-bulat oleh Presiden Bashar al-Assad. Berikut adalah soal jawab mengenai pergolakan yang berlaku hampir setahun di Syria.

1. Berapa jumlah mangsa terkorban di Syria?
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 7,500 orang terbunuh sejak bermulanya revolusi anti-Assad pada Mac lalu.

Angka sebenar kematian sukar diperoleh kerana jumlah diberikan oleh pelbagai sumber adalah berbeza.

Namun, dua kumpulan aktivis utama, Pusat Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berpusat di Britain dan Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan meletakkan angka korban sebenar lebih daripada 8,000 orang.

2. Siapakah pemberontak di negara itu?
Kumpulan pemberontak di Syria tidak disusun dengan teratur, ia terdiri daripada Angkatan Tentera Bebas Syria (FSA) dan kumpulan berbeza yang bersatu hanya untuk mencapai matlamat menggulingkan pemerintahan rejim Assad.

Ia turut disertai puluhan ribu penduduk yang tidak pernah putus asa mengadakan protes di seluruh negara anjuran kumpulan aktivis di negara itu.

Gerakan anti-Assad tersebut pada mulanya berlangsung dengan aman tetapi akhirnya bertukar ganas selepas pasukan tentera bertindak menggunakan kekerasan.


Kenaikan Harga Minyak


       Isu kenaikan harga minyak pada tahun lepas (2008) tidak langsung menunjukan penurunan harga sehinggalah memasuki tahun baru tahun 2009. Harga minyak sekata pada hari ini ialah RM1.80 untuk seliter petrol. kenaikan harga minyak telah banyak mejejaskan pertumbuhan ekonomi negara.

         Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mencari sumber tenaga baru bagi menggantikan petrol sebagai bahan altenatif lain selain minyak. Peningkatan terus harga minyak menyebabkan sedikit sebanyak penjejasan ekonomi negara. Minyak telah menjadi bahan asas yang digunakan oleh manusia dalam pelbagai aktiviti bagi memacukan ekonomi negara. Tanpa minyak segala aktivi negara akan terhenti.


Kemalangan Di Genting Highland Kemalangan Terburuk Bas Dalam Sejarah

37 MAUT, 16 CEDERA


PASUKAN Bomba dan Penyelamat bersama Jabatan Pertahanan Awam mengangkat mayat mangsa kemalangan bas jatuh gaung di Genting Highland, semalam.

Mangsa terperosok, bertindih di bahagian depan bas

Nahas terburuk babitkan bas dalam sejarah negara
 

Genting Highlands: Seramai 37 terbunuh termasuk pemandu apabila sebuah bas yang membawa 52 penumpang terbabas dan terhumban ke dalam gaung, di kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, petang semalam.

Seramai 16 penumpang cedera, kebanyakannya parah dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buluh dan Hospital Bentong.

Tragedi itu adalah kemalangan jalan raya terburuk dengan jumlah mangsa paling banyak terkorban di negara ini.

Kejatuhan Presiden Mohamed Morsi


KAHERAH-MESIR. Tentera Mesir akhirnya menumbangkan Presiden Mohamed Morsi sekali gus mengumumkan pelan tindakan masa depan politik negara ini yang bakal dilaksanakan oleh sebuah jawatan kuasa perdamaian nasional.

Menurut anggota kanan Ikhwan Muslimin, Morsi kini berada di bawah tahanan tentera.

“Morsi dan pasukan presiden berada di di bawah tahanan rumah ketika ini,” kata anak kepada pembantu Morsi, Gehad El-Haddad.

Bapa Hadad, Essam El-Haddad, antara orang kanan Morsi ketika yang ketika ini turut berada dalam tahanan.

Ketua angkatan tentera mengeluarkan satu deklarasi petang semalam, menggantung perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua interim negara.

Morsi melalui laman Facebooknya berkata, beliau menolak sekeras-kerasnya rampasan kuasa yang dibuat oleh pihak tentera ini.

Dalam siaran televisyen tempatan, pemimpin tentera dan tokoh politik, Andel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Morsi.

Penyokong Morsi yang berkumpul di pinggir bandar Kaherah sangat tidak puas hati dan penyingkiran pemimpin negara Mesir ini membangkitkan kemarahan mereka dengan pengumuman yang dibuat oleh tentera itu.


Harga Rokok Naik


Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) menyarankan kerajaan menaikkan cukai eksais rokok sekurang-kurangnya 50 peratus bagi mencapai sasaran pengurangan sebanyak 20 peratus jumlah penggunaan rokok di negara ini.
Kenaikan sebanyak 50 peratus itu akan meningkatkan harga sekotak rokok premium berjumlah 20 batang rokok kepada RM16 berbanding harga pasaran kini iaitu RM10.50.
Ahli Majlis MCTC,, Dr. Norashidah Mohamed Nor berkata, berdasarkan kajian dijalankan olehnya tahun lalu, kenaikan sebanyak 10 peratus hanya mampu mengurangkan sebanyak empat peratus penggunaan rokok.
“Saya percaya sekiranya harga bagi sekotak rokok berjumlah 20 batang dinaikkan kepada RM16, sasaran kerajaan itu dapat dicapai selain menaikkan hasil cukai negara kepada 45 peratus,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. KOSMO.COM.MY